Redah, MPSM, NPROM rai anak yatim sempena Ramadan

Redah, MPSM, NPROM rai anak yatim sempena Ramadan

ZULYADIN Ali (tengah) bersama Abd Samad Othman, Harry Syam Mohd Razali, Rosnah Mohamed Razali dan wakil KRT Ayu Sutra, Muhd Sumeri Pangat menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Program Amal Ramadan 2026 di Sabak Bernam, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELAB kenderaan pacuan empat roda, Redah 4×4 Club bersama dengan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MPSM) dan Navara Prom Owner Malaysia (NPROM) baru-baru ini menganjurkan Program Amal Ramadan 2026.

Program bertemakan Ramadan Buat Kita Semua itu dilaksanakan di Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Anak Yatim/Miskin Daerah Sabak Bernam (Ukhuwah).

Presiden Redah 4X4, Zulyadin Ali berkata, program itu dilaksanakan oleh ahli-ahli kelab tersebut sempena Ramadan terutama untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Katanya, tahun ini agak istimewa kerana mereka bekerjasama dengan MPSM yang diwakili Yang Dipertuanya, Abd. Samad Othman dan NPROM melalui Presidennya, Harry Syam Mohd. Razali.

“Kerjasama yang diberikan oleh MPSM dan NPROM menjadikan acara kali ini lebih bermakna dalam meraikan 35 anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada pengurus Asrama Ukhuwah, Rosnah Mohamed Razali kerana memberikan kerjasama untuk memastikan program itu berjaya selain sumbangan daripada KRT Ayu Sutra.

“Tanpa kerjasama mereka, program ini sukar dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Katanya, program amal itu adalah yang pertama sempena 20 tahun penubuhan Redah 4×4 sebagai pertubuhan sukan yang bardaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Selain menyampaikan sumbangan barangan dan duit raya kepada anak-anak yatim, majlis turut diserikan dengan ceramah oleh Ustaz Wan Jamaludin Wan Bidin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN