Keinginan untuk memiliki kulit cerah sering mendorong ramai individu mencuba pelbagai produk penjagaan kulit di pasaran. Namun, ada yang berasa kecewa apabila kulit masih kelihatan kusam walaupun sudah menggunakan pelbagai produk. Pakar perunding dan bedah dermatologi, Dr. How Kang Nien berkata, keadaan itu boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor termasuk pemilihan produk tidak sesuai, kekurangan perlindungan matahari serta masalah kulit lain yang tidak dirawat. “Kulit cerah tidak bermaksud kulit menjadi…











