Pelindung matahari penting dalam penjagaan kulit

Pelindung matahari penting dalam penjagaan kulit

PENGARAH MD Pharma, Andrew Tan menunjukkan produk krim pelindung matahari UVeCARE. - UTUSAN/MOHD FARIZWAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDEDAHAN kepada cahaya matahari merupakan sebahagian daripada rutin harian, sama ada ketika bekerja, bersukan atau melakukan aktiviti luar. Tanpa disedari, kulit kita terdedah kepada sinaran yang boleh memberi kesan jangka panjang.

Menurut Pengarah Urusan MD Pharma Sdn. Bhd., Andrew Tan Eng Joo, pendedahan cahaya matahari secara berlebihan tanpa perlindungan yang betul boleh mendatangkan kesan buruk kepada kulit.

“Sinaran ultraungu (UV) yang berbahaya mampu merosakkan kulit secara perlahan-lahan, walaupun kesannya tidak selalu kelihatan dalam tempoh singkat.

“Antara kesan paling biasa ialah kulit menjadi kemerahan dan terasa pedih akibat selaran matahari. Namun, kerosakan sebenar selalunya berlaku tanpa disedari,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, pendedahan UV berpanjangan boleh menyebabkan kulit menjadi kusam, kering dan kasar, selain menyumbang kepada pembentukan bintik-bintik gelap serta garis halus.

Katanya, keadaan ini dikenali sebagai penuaan pramatang akibat cahaya matahari, yang menjadikan kulit kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

Lebih membimbangkan, sinaran UV mampu menembusi lapisan kulit dan merosakkan sel, sekali gus meningkatkan risiko kanser kulit.

Justeru, penggunaan pelindung matahari bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu keperluan dalam penjagaan kulit harian.

Menyedari kepentingan ini, Andrew memperkenalkan UVeCARE Pelindung Matahari Pencerah Tiga dalam Satu SPF50 PA+++.

Menurutnya, produk ini direka untuk memberikan perlindungan matahari menyeluruh sambil membantu mengekalkan kecantikan kulit.

“Keberkesanan UVeCARE turut diiktiraf apabila produk ini pernah menerima Anugerah Kesihatan Semula Jadi Jenama Ikonik 2025.

“Ia juga memenangi Anugerah Berlian bagi kategori Pelindung Matahari Pencerah Wajah Terbaik di Anugerah Pilihan Pembaca Kesihatan Semula Jadi 2025,” katanya.

UVeCARE menawarkan perlindungan spektrum luas dengan SPF50 PA+++, melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.

Perlindungan ini membantu mencegah selaran matahari serta mengurangkan risiko kerosakan kulit dalam jangka panjang, walaupun terdedah lama kepada cahaya matahari.

Selain perlindungan, UVeCARE diperkaya dengan bahan pencerah dan penghidratan seperti Ekstrak Akar Paeonia Suffruticosa, Arbutin dan Glutathione.

Ekstrak Saxifraga Sarmentosa dan Ekstrak Akar Scutellaria Baicalensis pula membantu meningkatkan ketegasan serta keserian kulit.

Gabungan bahan-bahan ini menjadikan kulit kelihatan lebih sihat, lembap dan berseri, malah tampak lebih muda dengan penggunaan konsisten.

TIDAK BERMINYAK

Dari segi tekstur, UVeCARE mempunyai formula ringan dan tidak berminyak serta mudah menyerap tanpa meninggalkan rasa melekit.

Produk ini sesuai digunakan pada wajah dan seluruh badan, selain memberikan kemasan semula jadi tanpa menyumbat pori.

Formulanya yang bebas alkohol dan paraben menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.

Andrew turut menegaskan, pendedahan UV bukan hanya berlaku di luar, malah boleh menembusi tingkap, cermin kereta dan ruang tertutup.

Oleh itu, penggunaan pelindung matahari secara konsisten tetap penting walaupun berada di dalam rumah atau pejabat.

TIDAK SESUAI UNTUK KULIT BERMASALAH

Namun, individu yang mempunyai masalah kulit atau jerawat teruk dinasihatkan untuk merawat kulit sehingga pulih sebelum menggunakan pelindung matahari.

Penggunaan produk pada kulit yang masih meradang berkemungkinan mengganggu proses penyembuhan dan menyebabkan jerawat sukar sembuh.

Oleh itu, penjagaan kulit yang betul perlu dilakukan secara berperingkat dan seimbang. Apabila kulit berada dalam keadaan sihat, penggunaan pelindung matahari yang sesuai akan membantu melindungi kulit dengan lebih berkesan.

Langkah ini bukan sahaja mencegah kerosakan kulit, malah menyokong penampilan kulit yang lebih bersih, segar dan terawat dalam jangka masa panjang.

EDARAN

Bagi pengedaran pula, UVeCARE ketika ini hanya ditawarkan di farmasi terpilih bagi memastikan pengguna mendapat nasihat yang tepat daripada ahli farmasi.

Dengan harga lebih berpatutan berbanding kebanyakan produk premium di pasaran, UVeCARE merupakan pilihan bijak untuk perlindungan kulit berkualiti tanpa membebankan pengguna.

“Kebanyakan pelindung matahari berkualiti tinggi yang terdapat di pasaran hari ini dijual pada harga hampir mencecah RM100, malah ada yang melebihi jumlah tersebut.

“Harga yang tinggi itu sering menjadi kekangan kepada pengguna untuk mengamalkannya secara konsisten. Sedangkan penggunaan pelindung matahari secara berterusan amat penting untuk kesihatan kulit jangka panjang.

“Harga UVeCARE lebih berpatutan berbanding kebanyakan produk premium dalam pasaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN