KP sebuah Jabatan Persekutuan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

KP sebuah Jabatan Persekutuan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

KETUA Pengarah dan Pengarah di jabatan kerajaan dibawa untuk permohonan reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang Ketua Pengarah jabatan Persekutuan serta seorang Pengarah Bahagian tiba di mahkamah Majistret, di sini untuk permohonan reman Suruhanjaya Pencegaham Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan tuntutan palsu melibatkan dana Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT).

Kedua-dua suspek tiba pada pukul 9.10 pagi ini dengan menaiki kenderaan SPRM selepas mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.

Berdasarkan siasatan awal, suspek utama dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan kelulusan penggunaan dana LJT untuk membiayai urusan yang bukan di bawah mandat LJT termasuk kepentingan peribadi.

Menurut sumber, siasatan turut menjurus kepada dakwaan pengemukaan dokumen dan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu melibatkan jumlah keseluruhan ratusan ribu ringgit.

Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan, termasuk meneliti aliran kewangan serta mengenal pasti sebarang elemen kesalahan tambahan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki semalam mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan siasatan masih giat dijalankan. SPRM tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan susulan sekiranya terdapat bukti dan keterangan tambahan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 serta turut melibatkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan berkaitan pecah amanah dan salah guna harta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN