Menceburi perniagaan dimonopoli oleh golongan bukan bumiputera bukanlah sesuatu yang mudah. Ia menuntut kesabaran, kesungguhan serta keberanian untuk bersaing dalam persekitaran yang mencabar dan kompetitif. Namun, Nur Laila Alway tidak menjadikan kekangan itu sebagai alasan untuk berundur atau lekas berputus asa. Hasil kerja keras dan komitmen berterusan sejak 2019, beliau kini mampu menarik nafas lega apabila jenama perabot miliknya, Ella Furniture, berkembang pesat sehingga memiliki lima cawangan di seluruh negara.…










