SUP merupakan antara hidangan ringkas yang sering menjadi pilihan kerana mudah disediakan, berkhasiat dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Gabungan sayur-sayuran segar bersama telur dadar bukan sahaja menambah rasa, malah menjadikan hidangan ini lebih mengenyangkan.
Resepi sup telur dadar ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan sajian ringkas, sihat dan menjimatkan masa, sama ada untuk makan tengah hari mahupun makan malam bersama keluarga.
Bahan-bahan:
– 2-3 biji telur
– Air secukupnya
– Sayuran pilihan (bunga kubis, kentang dan lobak merah)
– 1 kiub ayam
– Garam secukup rasa
– Perencah sup pilihan
– Bawang merah (dihiris nipis)
– Daun sup secukupnya
– Bawang goreng (pilihan)
– Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan:
– Pecahkan telur ke dalam mangkuk, pukul ringan dan goreng hingga keperangan dan rangup. Angkat dan potong kasar, ketepikan.
– Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan kentang dan lobak merah. Masak sehingga separa empuk.
– Masukkan bunga kubis dan teruskan memasak sehingga semua sayuran lembut.
– Perasakan sup dengan kiub ayam dan garam secukup rasa.
– Tambahkan perencah sup pilihan.
– Masukkan hirisan bawang merah dan telur dadar yang telah dipotong. Kacau perlahan dan reneh selama beberapa minit.
– Tutup api dan taburkan daun sup serta bawang goreng sebelum dihidangkan.










