Jeragat merupakan antara masalah kulit yang sering dipandang remeh, sedangkan ia boleh memberi kesan besar terhadap keyakinan diri dan kesejahteraan emosi seseorang terutama wanita. Tompok gelap yang muncul secara perlahan di pipi, hidung dan dahi, lazim dianggap sebagai kesan penuaan biasa atau sekadar isu kosmetik. Namun, tanpa rawatan dan pemahaman betul, jeragat boleh menjadi semakin ketara, sukar dirawat dan mudah berulang. Pakar perunding dan bedah dermatologi, Dr. How Kang Nien…










