Peneraju global dalam penyelesaian kehidupan pintar dan transformasi digital, kumpulan Haier melancarkan ruang pameran interaktif Haier Global Fans Festival selama lima hari sehingga Ahad ini di The Piazza, Pavilion Bukit Jalil.
Edisi ketujuh itu bertujuan menghargai kesetiaan dan sokongan pengguna sekali gus menonjolkan inovasi terbaharu Haier.
Tumpuan utama festival ini ialah pameran inovasi terbaharu Haier yang menampilkan pendekatan reka bentuk dan teknologi berprestasi tinggi, selari dengan semangat kecemerlangan atlet juara.
Istimewanya, pengguna di Malaysia antara yang terawal berpeluang melihat secara dekat produk seperti peti sejuk space fit, mesin basuh-pengering Siri L+, penyaman udara UV cool color, TV M80 QD-Mini LED dan pratonton mesin basuh tiga dram yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Pengarah Urusan Haier Malaysia, Fan Jing berkata, pihaknya komited untuk terus berinovasi, berevolusi di samping memastikan setiap produk dan pengalaman memberikan nilai sebenar kepada isi rumah di negara ini.
“Kami mahu terus memandang ke hadapan untuk membina kehidupan lebih pintar, hubungan kukuh dan pertumbuhan bersama,” katanya.
Festival ini turut menampilkan zon demonstrasi produk secara langsung, sesi perkongsian interaktif, aktiviti bersama pencipta kandungan dan ganjaran eksklusif untuk peminat, sekali gus memberikan pengalaman gaya hidup pintar kepada pengunjung.
Kemasukan adalah percuma dan pelanggan yang berbelanja minimum RM5,000 untuk mana-mana dua produk Haier sepanjang tempoh festival layak menebus jersi eksklusif, Liverpool FC.
Haier menduduki kedudukan No.1 dalam kategori Global Major Appliances Brand Retail Volume oleh Euromonitor International selama 16 tahun berturut-turut.










