Korban impian, demi ayah

Korban impian, demi ayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEMI menjaga ayah yang sakit, wanita ini sanggup melupakan impiannya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.

Bagi Sharifah Nori Bahar, keluarga adalah keutamaannya dan dia akur bekerja sebagai mak andam untuk menambah pendapatan.

Tetapi semangat untuk mengubah nasib keluarga tidak pernah berhenti dan berbekalkan modal RM200 dia memulakan perniagaan produk penjagaan kulit badan.

Kerja keras pengasas Pinkandbelle ini berbaloi selepas menerima pelbagai anugerah termasuk Business Excellence in Skin and Beauty Products Award di Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2025, baru-baru ini.

“Pengiktirafan ini sangat bermakna buat saya kerana mengukuhkan segala usaha yang dicurahkan ke dalam setiap produk, penambahbaikan dan langkah dalam perjalanan selama ini.

“Paling penting, ia menyuntik semangat untuk terus menghasilkan produk penjagaan kulit badan yang dipercayai rakyat Malaysia,” katanya.

Katanya, kejayaan itu turut menjadi pemacu dalam mengukuhkan kedudukan jenamanya dalam industri kecantikan tempatan yang semakin berkembang.

“Berada sebaris dengan begitu ramai usahawan dan syarikat berjaya benar-benar memberi inspirasi.

“Ia mengingatkan kami sejauh mana perjalanan kami dan potensi yang boleh dicapai di masa akan datang,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN