SEJAK diperkenalkan pada abad ke-19, fotografi dianggap sebagai medium untuk merakam kebenaran dan realiti secara objektif. Namun, ia tidak pernah bebas daripada campur tangan manusia. Manipulasi imej berkembang seiring kemajuan teknologi visual, mencerminkan keinginan manusia untuk mengawal penceritaan dan persepsi melalui gambaran yang dirakam. Pada peringkat awal, jurufoto menggunakan pelbagai teknik asas seperti menggabungkan beberapa dedahan, memotong serta menyambung cetakan bagi menghasilkan imej lebih meyakinkan. Dalam konteks sejarah dan politik,…










