GERAK tangannya lincah diiringi pernafasan yang jelas ketika memimpin lagu Carmen Suite No 1. (excerpts) dalam konsert The Symphony of Friendship di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) baru-baru ini. Teknik ‘bahasa senyap’ yang digunakan konduktor dan pengarah artistik, Quek Ling Kiong itu penting bagi membantu pemuzik orang kurang upaya (OKU) mengikuti isyarat dengan tepat. Kira-kira separuh daripada 200 pemuzik orkestra yang dipimpinnya itu terdiri daripada individu autistik, ketidakupayaan intelektual serta cacat…










