Hilton Petaling Jaya menerusi Restoran Paya Serai menawarkan pelbagai menu istimewa berasaskan daging sempena sambutan Krismas tidak lama lagi.
Menu itu termasuk kaki kambing panggang dengan jintan manis dan sos madu soya serta daging rusuk panggang dengan puding Yorkshire dan bayam berkrim.
Diikuti, daging brisket lembu dimasak perlahan 24 jam dengan jagung paprika serta daging rusuk pendek dengan polenta.
Selain daging, terdapat juga ayam belanda panggang dengan kuah cendawan miso dan loaf ayam dilapisi madu dengan konfiti tomato.
Untuk peminat ikan, jangan lepaskan peluang mencuba salmon coulibiac dengan bayam berkrim.
Harga bufet adalah antara RM178 hingga RM198 untuk dewasa, manakala RM88 hingga RM98 untuk kanak-kanak.
Pengunjung juga boleh menikmati hidangan asli kantonis di Restoran Toh Yuen manakala untuk sajian Jepun di Genji.
Bagi yang mahu bersantai, kafe Drip menyediakan kopi artisanal, pastri dan sajian perayaan.
Pengalaman makan di Hilton Petaling Jaya menonjolkan kepakaran kulinari melalui pelbagai jenis masakan.
Kempen Season to Savor kini berlangsung sehingga 4 Januari depan.










