Dalam era media sosial ini, kecantikan bukan hanya sekadar aspirasi tetapi menjadi satu perlumbaan. Wajah yang berkontur sempurna, kulit licin dan bersinar bak kaca bukan lagi hasil genetik atau masa, sebaliknya janji manis yang dijual dalam video pendek dengan rawatan yang menjaminkan perubahan segera. Namun, di sebalik hasil yang kelihatan sempurna dan pakej yang dipromosikan oleh pempengaruh, timbul kebimbangan yang kian memuncak terhadap lambakan rawatan estetik tidak terkawal dan berlesen.…










