Penyelidikan berterusan buahkan hasil

Penyelidikan berterusan buahkan hasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penyelidikan berterusan dalam bidang perubatan alternatif menggunakan bahan mineral seperti batu permata yang dijalankan tanpa mengenal erti penat, kini membuahkan hasil membanggakan dan bermanfaat untuk masyarakat.

Malah, pengiktirafan diraih Quantum Aura International Holdings Sdn. Bhd. menerusi anugerah Business Excellence in Gemstone Healing & Wellness Award dalam majlis Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2025 membuktikan yang usaha tidak pernah mengkhianati hasil.

Ini termasuk dalam aspek pemahaman fungsi mineral seperti batu permata dalam bidang perubatan alternatif.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Aznan Ahmad berkata, pengiktirafan itu sekali gus berjaya membuka ruang perkongsian ilmu dengan masyarakat secara lebih terbuka dalam hal melibatkan penggunaan mineral semula jadi dalam perubatan.

“Pengiktirafan ini memberi motivasi besar dalam mengukuhkan keyakinan kami kesejahteraan menerusi alam semula jadi termasuk mineral perlu dibincang secara terbuka untuk perkongsian maklumat.

“Apa yang lebih penting, penyelidikan dan usaha berterusan ini diharapkan memberi impak dalam pendidikan, sokongan komuniti dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh,” katanya.

Dalam pada itu, Aznan berkata, penerimaan yang semakin meningkat terhadap kaedah penyembuhan alternatif mencerminkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan kesejahteraan emosi, mental dan spiritual.

Justeru pihaknya, berazam untuk membina platform yang membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan ilmu yang tepat berkenaan fungsi mineral dalam perubatan dan mineral.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN