Kualiti hotel fokus utama PJH

Kualiti hotel fokus utama PJH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Persiapan bagi musim Haji 1447H dan 1448H kini disusun rapi lebih awal susulan peraturan ketat yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi, khususnya berkaitan aspek kesihatan.
Seiring perkembangan itu, rata-rata Pengelola Jemaah Haji (PJH) kini mula melaksanakan proses penilaian ketat terhadap hotel yang akan digunakan bagi memastikan kualiti dan keselesaan jemaah berada di tahap terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Azzuha Group Travel & Tours, Abdul Malik Abdul Raman berkata, pihaknya telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa hotel terkemuka bagi memastikan kelancaran perjalanan jemaah haji pada musim akan datang.

Katanya, persiapan awal tersebut meliputi aspek penginapan, logistik, latihan petugas, sistem operasi serta sokongan di Tanah Suci.

“Azzuha sudah benar-benar bersedia dengan fokus kami supaya jemaah mendapat ketenangan jiwa untuk beribadah. Segala persiapan disusun secara terperinci,” katanya.

Tambah Abdul Malik, antara hotel yang dikenal pasti akan dijadikan penginapan jemaah ialah Al-Makarem Ajyad, Royale Orchid Al Safwah, Al Jazirat Nouran, Al Muthmirat Nouran (Dar Al Hamd by Azzuha), Al Anwar Movenpick Al Madinah, Saja Al Madinah dan Shohada Al Ajyad.

Kerjasama dengan rangkaian hotel tersebut membuktikan komitmen awal pihaknya untuk memastikan setiap jemaah dapat menunaikan ibadah haji dalam suasana yang lebih selesa dan teratur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN