Ketika membahaskan isu berkaitan kubur, akan timbul dakwaan melaksanakan solat dan berdoa di sisi kubur dilarang oleh syarak. Ini atas alasan Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Allah telah melaknat orang Yahudi dan Nasrani. Mereka telah menjadikan kubur-kubur para Nabi mereka sebagai masjid”. Semasa belajar di Mesir, saya mempunyai beberapa sahabat yang terkesan dengan aliran Salafi dan melarang saya melaksanakan solat di masjid-masjid yang ada di dalamnya kubur orang soleh…










