Dalam dunia seni visual masa kini, fotografi dan seni lukis sering dilihat bergerak di landasan berbeza. Namun, bagi pelukis muda Nur Hakimi Azim Hamidon yang juga pelajar tahun akhir Diploma Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Kampus Seri Iskandar, kedua-duanya saling berpaut dalam satu dialog yang memperkayakan pengalaman kreatif. Melalui karya arang yang diinspirasikan daripada foto bidikannya, dia membuktikan fotografi bukan sekadar alat bantu, tetapi medium…










