Muka Ardell ditumbuk, bahagian bahu koyak - Nadzmi Adhwa - Utusan Malaysia

Muka Ardell ditumbuk, bahagian bahu koyak – Nadzmi Adhwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam tidak sabar menanti kepulangan isteri tercinta, Ardell Aryana, pelakon Nadzmi Adhwa berang dengan tindakan kejam pasukan Israel yang mencederakan aktivis itu ketika dalam tahanan.

Menurut Nadzmi, Ardell mengalami kecederaan pada bahagian muka akibat ditumbuk oleh rejim zionis bahkan diseksa untuk menanggalkan tudung ekoran memiliki pengaruh yang tinggi sewaktu misi Global Sumud Flotilla (GSF), baru-baru ini.

“Darah aku naik ke kepala dah ini! Geramnya, Ya Allah! Syaitan haram Israel Kau tumbuk muka isteri aku? Tarik tudung dia.

“Ya Allah kau berikan seburuk buruk pembalasan pada mereka yang memperlakukan sedemikian pada isteri aku!

“Ardell antara yang mencuri tumpuan pada misi kali ini sebab itu dia kena! Sebab views dia paling tinggi? Siapa cakap bukan bukan pasal isteri aku siap. Dunia sedang memerhati,” katanya menerusi bebenang di Threads.

Selain kecederaan pada bahagian muka, Nadzmi turum memberitahu bahawa bahu isterinya juga terkoyak dan kini sedang mendapat rawatan di hospital bersama seorang lagi aktivis lain yang bernama Haikal.

“Rupanya Ardell dekat hospital. Patutlah tiada jawapan lagi. Haikal pun sudah macam adik aku. Ya Allah, sembuhkan mereka Ya Allah supaya mereka boleh bercerita pada dunia tentang kejahatan Israel ini.

“Ada lagi kecederaan juga dekat bahu Ardell! Bahu dia koyak, Allahuakbar, apa ini?,” luahnya.

Tidak mampu menahan kemarahan, Nadzmi pelakon drama Hati Perempuan itu berharap kekejaman pasukan Israel dibalas dengan pembalasan yang setimpal oleh yang Maha Berkuasa.

“Semoga yang memperlakukan isteri aku itu dia mati dalam keadaan paling teruk sekali,” ujarnya.

Ardell antara 23 aktivis GSF dari Malaysia yang kini berada di Istanbul selepas dibebaskan rejim zionis semalam. Kesemua mereka dijangka pulang ke tanah air dalam masa terdekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN