KETIKA kebanyakan wanita seusianya memilih berehat di rumah, namun berbeza dengan warga emas ini yang masih tekun menenun kain songket. Habsah Mat Zin, 60, dari Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu kekal setia dengan rutin yang dijalani sejak empat dekad lalu. Tangannya lincah menyusun benang dengan cermat di alat tenunan tradisional, agar motif tidak lari daripada reka bentuk asal. “Dulu ramai yang buat tetapi sekarang hanya tinggal saya sahaja yang menenun…