Kunyit hitam agen penyembuhan anti-radang terbaik

Kunyit hitam agen penyembuhan anti-radang terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kunyit hitam atau nama saintifiknya Curcuma caesia merupakan tumbuhan herba yang semakin popular di negara ini disebakan khasiatnya kepada kesihatan manusia.

Ia adalah salah satu agen penyembuhan anti-radang terbaik yang membantu mengurangkan keradangan dan melawan radikal bebas.

Malah, ia juga menyokong kesihatan jantung dan sendi, menguatkan sistem imun, serta meningkatkan tenaga dan ketahanan tubuh.

Pengarah Penyelidik Naturmeric, Prof. ChM. Dr. Intan Safinar Ismail berkata, projek penyelidikan kunyit hitam yang diketuinya sejak 2021 membangunkan satu inovasi kesihatan berasaskan kunyit hitam tulen melalui penyelidikan saintifik dan perubatan moden.

“Buat masa ini tidak dinafikan ramai pesakit kanser mengamalkan kunyit hitam dan melihat keberkesanannya terhadap tubuh badan.

“Penerbitan di India juga melihatkan kesan yang positif penggunaan kunyit hitam ke atas pesakit kanser cuma apabila bercerita mengenai kanser, keseluruhan system badan pesakit perlu sihat untuk melawan sel-sel kanser. Apa yang berlaku ialah kunyit hitam membantu meningkatkan kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, keunikan Naturmeric terletak pada lima teras iaitu Quality, Safety, Efficacy, Consistency dan Accessibility (QSECA).

“Bagi kami, sains dan keberkesanan tidak boleh dipisahkan daripada kualiti bahan mentah, maka ladang kunyit hitamseluas 40 ekar dibangunkan di Selatan tanah air bagi memastikan bekalan bahan mentah  konsisten serta mematuhi piawaian kualiti tertinggi,” katanya.

Dr. Intan Safinar berkata, kajian dilaksanakan secara komprehensif merangkumi analisis fizikal, kimia dan genetik bagi memastikan bahan mentah yang digunakan benar-benar tulen dan mempunyai profil fitokimia yang tinggi.

“Hanya spesies Curcuma caesia daripada keluarga Zingiberaceae digunakan dalam formulasi produk Naturmeric, satu spesies yang dikenali melalui isi berwarna ungu kehitaman dengan corak cincin di tengah, berbeza daripada kunyit biasa yang lazim digunakan dalam masakan,” jelasnya.

Kunyit Hitam terkenal sebagai salah satu agen penyembuhan anti-radang terbaik, yang membantu mengurangkan keradangan dan melawan radikal bebas, menyokong kesihatan jantung dan sendi, menguatkan sistem imun, serta meningkatkan tenaga dan ketahanan tubuh.

“Buat masa ini tidak dinafikan ramai pesakit kanser mengamalkan Naturmeric dan melihat keberkesanannya terhadap tubuh badan. Naturmeric tidak menyembuhkan, namun melihatkan kepada keseluruhan kesihatan sistem biologi tubuh badan.

“Penerbitan di India juga melihatkan kesan yang positif penggunaan kunyit hitam ke atas pesakit kanser cuma apabila bercerita mengenai kanser, keseluruhan system badan pesakit perlu sihat untuk melawan sel-sel kanser. Apa yang berlaku ialah kunyit hitam membantu meningkatkan kesihatan,” jelasnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×