Kunyit hitam atau nama saintifiknya Curcuma caesia merupakan tumbuhan herba yang semakin popular di negara ini disebakan khasiatnya kepada kesihatan manusia. Ia adalah salah satu agen penyembuhan anti-radang terbaik yang membantu mengurangkan keradangan dan melawan radikal bebas. Malah, ia juga menyokong kesihatan jantung dan sendi, menguatkan sistem imun, serta meningkatkan tenaga dan ketahanan tubuh. Pengarah Penyelidik Naturmeric, Prof. ChM. Dr. Intan Safinar Ismail berkata, projek penyelidikan kunyit hitam yang diketuinya…










