Lukisannya yang sering menampakkan wajah-wajah aneh, mata tajam seolah-olah sedang memerhati dan contengan pelik pasti membuatkan sesiapa sahaja meremang bulu roma. Walaupun ada yang menyifatkan lukisannya agak menakutkan, karya-karya Aiman Zamri tetap mampu memikat pandangan ramai. Malah, hasil seninya turut dipuji kerana memiliki keunikan tersendiri. Pelukis berusia 29 tahun itu berkata, lukisan yang dihasilkan dipengaruhi oleh sentuhan seni surealisme dan abstrak iaitu dua aliran yang amat dekat di hatinya dan…