Bahaya hifu pada Gen Z

Bahaya hifu pada Gen Z

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OBSES untuk cantik mendorong ramai wanita muda berlumba-lumba mendapatkan rawatan High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU).

Rata-ratanya mahukan wajah tampak runcing dan tegang sekelip mata, tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung.

Dr. Syairah Nadia berkata, rawatan HIFU sebenarnya lebih sesuai untuk individu berusia 30 tahun ke atas.

Terutama mereka yang sudah menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti kulit kendur dan hilang keanjalan.

“Bagi yang di bawah usia tersebut, kulit masih mempunyai keanjalan semula jadi mencukupi tanpa memerlukan rangsangan tambahan seperti HIFU.

“Usah terburu-buru membuat rawatan ini jika belum nampak tanda-tanda kulit kendur,” katanya baru-baru ini.

Fungsi HIFU adalah untuk menegangkan kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

Katanya, ramai pengguna menyangka kesan tegang selepas rawatan itu merupakan petanda ia berjaya.

Sedangkan ia hanyalah impak sementara akibat haba, manakala kesan sebenar hanya dapat dilihat selepas dua hingga tiga bulan setelah kulit menghasilkan kolagen baharu.

“Tetapi ramai yang tidak tahu perkara ini dan menganggap kesan segera itu adalah kekal.

“Pengulangan HIFU terlalu kerap atau dengan tenaga yang tidak sesuai boleh merosakkan struktur kulit dan kolagen semula jadi,” katanya.

Justeru, dia menasihatkan golongan muda supaya berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN