Bagi sepasang suami isteri dari Indonesia, detik menyambut kelahiran anak sulung yang seharusnya dipenuhi kegembiraan bertukar menjadi ujian berat. Hati siapa yang tidak luluh apabila doktor mengesahkan bayi mereka dilahirkan dengan pundi kencing berada di luar badan. Keadaan itu dikenali sebagai ekstrofi pundi kencing (bladder exstrophy), kecacatan kongenital urologi yang amat jarang berlaku. Statistik menunjukkan ia hanya dialami kira-kira satu daripada 40,000 kelahiran di seluruh dunia. Puncanya masih belum difahami…










