Multiple exposure ialah teknik fotografi yang menggabungkan dua atau lebih imej dalam satu bingkai sekali gus mencipta kesan visual unik dan penuh simbolik. Dahulu, dalam era kamera filem, ia dilakukan secara manual dengan ketelitian tinggi. Setiap dedahan adalah muktamad dan tiada ruang untuk kesilapan. Hasilnya, hanya dapat disaksikan selepas filem dicetak, sering menjadi kejutan yang mengujakan. Kini, dengan teknologi digital, teknik ini menjadi lebih fleksibel, tepat dan mudah diakses. Kamera…