Minyak biji teh rahsia kecantikan wanita Jepun

Minyak biji teh rahsia kecantikan wanita Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DI sebalik kulit mulus dan rambut berkilau wanita Jepun tersimpan rahsia tradisional yang diwarisi turun-temurun.

Salah satunya adalah minyak biji teh atau lebih dikenali sebagai minyak camellia japonica dan tsubaki.

Minyak semula jadi ini bukan sahaja menjadi lambang kecantikan klasik, tetapi simbol penjagaan diri yang menyeluruh sejak berabad lamanya.

Kaya dengan asid lemak, vitamin E dan antioksidan, minyak ini membantu me­ngekalkan kelembapan, melambatkan tanda-tanda penuaan serta melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran harian.

Keistimewaan itu lantas mendorong jenama kecantikan mewah dari Jepun, Three untuk mengintegrasikan minyak tersebut ke dalam rangkaian produk penjagaan kulit ikoniknya.

Antara koleksi paling mendapat sambutan ialah siri Balancing yang merangkumi minyak pencuci, pembersih krim nektar dan losen nektar.

Minyak pencuci itu diformulasikan bak sutera cair mewah untuk pemulihan kulit di waktu malam.

Ia membantu menanggalkan SPF, solekan, lebihan sebum dan pencemaran, sekali gus menyingkirkan lapisan kotoran yang terkumpul sepanjang hari.

Dengan haruman sitrus, ia sesuai untuk semua jenis kulit, khususnya mereka dengan kulit kombinasi, berminyak atau mudah berjerawat.

Pembersih berbuih dalam siri sama pula menyasarkan kulit kusam dan kering, dengan kandungan fitokimia dan polisakarida yang membersih hingga ke dalam liang pori.

Manakala losen nektar pula dirumus dengan minyak pati dan 30 jenis polisakarida, yang menyerap jauh ke dalam lapisan kulit tanpa perlu diguna­kan bersama kapas.

Hasil­nya? Kulit kekal lembap, lebih tegang dan kelihatan berseri hanya selepas beberapa kali penggu­naan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×