“Jayden… Jayden!” Jayden Jing Long Kwa yang leka bermain, menolehkan mukanya ke arah pegawai pemulihan perubatan pendengaran, Fatimah Sazari yang memanggilnya dengan suara lembut dan perlahan. Jayden menaikkan ibu jarinya sebagai isyarat dia mampu mendengar panggilan itu. Reaksi itu membuahkan tawa dan tepukan daripada ahli keluarganya termasuk pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), Prof. Goh Bee See dan pegawai pemulihan perubatan pertuturan, Cho Kai Shuo yang menyaksikan ujian pendengaran di…