Usahawan China, Indonesia sertai HUN 2025

Usahawan China, Indonesia sertai HUN 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hari Usahawan Negara (HUN 2025) yang dijadual berlangsung pada 11 hingga 16 September ini di parkir Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menghimpunkan usahawan tempatan dan antarabangsa.

Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM), Datuk Seri Abu Hassan Mohd. Nor berkata, delegasi antarabangsa yang terlibat ialah dari China, Indonesia, Vietnam, Singapura, Kemboja dan Pakistan.

Katanya, usahawan China dijangka mengisi kira-kira 200 daripada 1,000 lot pameran yang disediakan.

“Sebelum ini, penyertaan hanya melibatkan usahawan tempatan sahaja dan untuk edisi 2025, kita buat kelainan dengan menghimpunkan usahawan luar negara.

“Pengunjung berpeluang melihat pameran pelbagai produk dan perkhidmatan termasuk dalam industri pembuatan, binaan dan hiasan dalaman,” katanya ketika majlis prapelancaran yang dirasmikan oleh Raja Saidatul Mardiah Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, baru-baru ini.

Abu Hassan berkata, zon pameran disusun mengikut kategori seperti antarabangsa, tempatan dan mikro.

Dalam perkembangan sama, pihaknya menjangkakan kehadiran kira-kira 500,000 pengunjung sepanjang enam hari acara itu berlangsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN