Pucuk paku kurangkan kesan penuaan

Pucuk paku kurangkan kesan penuaan

PENGURUS Besar Cambert Malaysia, Ho Swee Lin (dari kiri) dan Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh di majlis pelancaran produk Fernglow.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Masyarakat kini sudah memahami betapa pentingnya penggunaan pelindung cahaya matahari dalam rutin penjagaan harian kulit.

Namun, tidak semua tahu menggunakan krim pelindung sinaran ultraviolet (UV) pada jumlah yang betul setiap hari.

Menurut Pengurus Unit Perniagaan Kordel’s Malaysia, Jeremy Se, kajian menunjukkan kebanyakan individu hanya melindungi antara 15 hingga 60 peratus sahaja daripada wajah mereka daripada sinaran UV.

Sehubungan itu, jenama kecantikan Kordel memperkenalkan produk baharu mereka iaitu Fernglow, bagi memberi perlindungan cahaya matahari 100 peratus pada keseluruhan kulit badan.

Ujarnya, produk itu dihasilkan daripada jenis sayur-sayuran yang memainkan peranan bagi perlindungan UV, malah ia membuatkan suplemen tersebut juga sesuai bagi pengamal sayur-sayuran (vegetarian).

“Antara bahan utama yang menjadikan Fernglow begitu istimewa ialah ekstrak paku-pakis tropika dengan nama saintifiknya polypodium leucotomos.

“Ekstrak tumbuhan semula jadi tersebut berfungsi sebagai pelindung dalaman manusia bagi membantu menapis kesan buruk sinaran UV sebelum ia sempat merosakkan struktur kulit,” katanya.

Kajian juga menunjukkan ekstrak pucuk paku mampu mengurangkan kesan penuaan akibat matahari seperti kedutan pramatang.

Selain itu, ia mampu memudarkan pigmentasi degil dan bintik-bintik gelap di wajah.

Produk baharu itu juga mengandungi lycopene semula jadi yang diperoleh daripada tomato.

Bahan itu merupakan antioksidan yang sangat kuat dan mampu melindungi sel kulit daripada serangan radikal bebas.

Tambahnya, pengambilan lycopene menyokong penghasilan kolagen secara semula jadi dalam tubuh agar kulit lebih tegang, anjal dan kelihatan muda.

TAMBAHAN VITAMIN

Tambahnya, penjagaan produk kecantikan tidak akan lengkap jika tiada pengambilan Vitamin C.

Oleh itu, dengan memasukkan bahan vitamin, ia boleh memainkan peranan utama dalam penghasilan kolagen

“Seperti yang diketahui masyarakat, kolagen adalah asas kepada kulit tegang, licin dan anjal. Maka, ia dapat menyelesaikan masalah kedutan halus dan wajah yang sentiasa kelihatan letih serta kusam.

“Pada masa sama, pengambilan suplemen Fernglow yang mengandungi Vitamin C dapat menguatkan sistem imun badan agar lebih tahan terhadap jangkitan dan penyakit.” katanya.

Namun, pengambilan produk suplemen Fernglow bukanlah untuk menggantikan pemakaian krim pelindung cahaya matahari.

Sebaliknya, ia berperanan sebagai pelengkap ideal menyokong perlindungan dari dalaman.

Bagi sesiapa yang berminat mencuba produk ini terutamanya yang mempunyai masalah kesihatan disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Pengambilan suplemen secara berlebihan, terutamanya jika diambil bersama ubat-ubatan sedia ada, boleh memberi kesan negatif kepada fungsi hati dan buah pinggang.

Malah, tidak semua suplemen kecantikan memberikan hasil yang sama kerana setiap individu mempunyai tindak balas tubuh berbeza terhadap bahan aktif.

Faktor seperti pemakanan dan tahap kesihatan keseluruhan juga memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan suplemen tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×