Susu ibu bukan sahaja sumber pemakanan terbaik untuk bayi. Aktiviti penyusan itu turut membawa pelbagai manfaat luar biasa kepada si ibu lebih-lebih lagi dari segi kesihatan fizikal dan emosi. Pakar Obstretrik dan Ginekologi Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr. Siti Farhana Md. Pauzi berkata, setiap kali ibu menyusukan anak, tubuhnya menghasilkan hormon oksitosin atau kasih sayang. “Hormon ini bukan sahaja membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat selepas bersalin, malah ia memberi…