Koleksi minggu ini mengambil inspirasi daripada ritual tradisional masyarakat Lundayeh di Sabah, Nui Ulung Buayeh yang melambangkan keberanian dan kekuatan pahlawan. Dahulu ia diraikan selepas ekspedisi memburu kepala, kini dihidupkan semula melalui sentuhan moden oleh graduan Sarjana Muda Reka Bentuk Fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Nurul Iman Afifah Mohamad Taufek bijak menterjemahkan semangat dan simbol buaya Lundayeh ke dalam rekaan yang relevan di pentas moden. Potongan fabrik…