Saya tidak berada di tempat kejadian - Ella hairan nama dikaitkan isu Shila Amzah - Utusan Malaysia

Saya tidak berada di tempat kejadian – Ella hairan nama dikaitkan isu Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ella Aminuddin tidak melenting dan sekadar bertenang ketika namanya sebelum ini antara yang dikaitkan warganet sebagai penyanyi legenda yang mengherdik Shila Amzah ketika raptai konsert sambutan ulang tahun ke-20 MR D.I.Y baru-baru ini.

Mengulas mengenai perkara itu, penyanyi yang mendapat julukan Ratu Rock Malaysia itu memaklumkan dia tidak terkejut namun sedikit kehairanan apabila namanya ‘dipetik’ netizen sedangkan dia berada di tempat lain ketika kejadian itu berlaku.

“Saya tidak bersama mereka ketika ketegangan itu berlaku. Sebab itu saya hairan apabila nama saya turut disebut-sebut.

“Saya ada bertemu dan memeluk Shila ketika konsert berlangsung. Pada masa itu saya masih tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi.

“Apa pun saya tetap bertenang walaupun nama saya dikaitkan sebab kejadian itu tak ada kena mengena dengan saya,” katanya.

Ella berkata demikian ketika ditemui media sempena pelancaran Galeri RockQueen di Denai Alam, Shah Alam semalam.

Terdahulu, Shila membuat laporan polis terhadap seorang penyanyi legenda yang didakwa melayangkan ancaman semasa raptai konsert berkenaan baru – baru ini.

Susulan pendedahan tersebut, muncul segelintir netizen yang mengaitkan Datuk Awie dan Ella dengan kejadian itu sementelah kedua-duanya turut membuat persembahan di konsert yang sama.

Shila kemudiannya mengesahkan artis berkenaan adalah bapa kepada pelakon Nabila Huda sekali gus meminta netizen berhenti mengaitkan insiden itu dengan penyanyi lain.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN