Pickleball mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1965 oleh Joel Pritchard, Bill Bell dan Barney McCallum. Menariknya, sukan ini tercipta secara tidak sengaja sebagai hiburan keluarga menggunakan raket ping pong dan bola plastik berlubang. Kini, sukan pickleball semakin tular dalam kalangan anak muda, menjadikannya satu trend gaya hidup sihat yang kian digemari. Dengan gabungan elemen tenis, badminton dan ping pong, sukan ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.…