Bahaya trend diet garam

Bahaya trend diet garam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Trend diet pengurangan garam secara drastik berisiko menyebabkan seseorang lumpuh.

Amalan itu lebih berbahaya kepada tubuh berbanding dengan pengurangan gula.

Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, individu yang mengamalkan pola pemakanan tersebut mengambil kandungan natrium yang hampir sifar.

Jika dilaksanakan jangka dalam masa panjang berkemungkinan menyebabkan lumpuh.

“Diet ini memudahkan seseorang mengalami kekejangan otot terutama di bahagian kaki.

“Lebih-lebih lagi jika individu itu gemar melakukan aktiviti lasak dan bersukan.

“Ini kerana, kumpulan yang selalu bersukan, adalah golongan yang mengeluarkan peluh lebih banyak berbanding mereka yang kurang aktif.

“Pengeluaran peluh membuatkan kandungan natrium di dalam badan semakin menurun,” katanya.

Jelasnya, kekurangan garam menyebabkan badan tidak dapat berfungsi normal.

Hal itu kerana kadar natrium yang mencukupi memainkan peranan penting untuk menyeimbangkan kadar cairan dalam tubuh.

Katanya, manusia sepatutnya memahami keperluan tubuh terhadap natrium, kerana ia membantu dalam menghasilkan dan menghantar isyarat elektrik di sepanjang saraf.

Jelasnya, diet pengurangan garam mudah dilakukan dengan hanya menghindari kandungan natrium dalam produk atau makanan.

“Pengambilan berlebihan garam tidak baik untuk kesihatan namun, memeranginya secara sepenuhnya lebih berbahaya kepada badan,” katanya.

 

Jejas hormon wanita
Antara kesan lain diet garam ialah menjejaskan ketidakseimbangan hormon.

Sharifa Ezat berkata, apabila tubuh mengalami tekanan akibat kekurangan natrium, kelenjar adrenal akan meningkatkan pengeluaran kortisol.

Tahap kortisol yang terlampau tinggi boleh mengganggu penghasilan hormon pembiakan seperti estrogen dan progesteron.

Secara tidak langsung ia menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan kesukaran mengandung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN