Dalam hidup wanita moden, ada tiga perkara yang harus diraikan iaitu bentuk badan, sahabat dan pakaian. Minggu ini, saya kongsikan gaya percutian di pantai dan atas kapal, koleksi terbaharu Mis Claire x Scha Alyahya. Koleksi ini bukan sahaja merentasi saiz S hingga 7XL, tetapi juga sempadan fesyen yang terlalu lama mengabaikan wanita bertubuh gempal. Setiap helaian dalam koleksi ini memberi ruang kepada wanita untuk bersinar dan rasa ‘cukup’ tanpa kompromi.…