Populasi dugong tinggal 100 ekor

Populasi dugong tinggal 100 ekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISU sampah yang tidak berkesudahan di perairan Malaysia mengancam hidupan marin termasuk dugong.

Kini, populasi mamalia laut itu dianggarkan hanya tinggal 100 ekor dan di ambang kepupusan.

Punca utama kemerosotannya adalah disebabkan pencemaran yang menghancurkan habitat semula jadi dan sumber makanan iaitu rumpai laut.

Menurut Pengarah Eksekutif dan Pengasas Bersama MareCet, Dr Louisa Ponnampalam, sisa sampah yang hanyut di lautan boleh menyebabkan hidupan laut cedera dan mati.

Manakala sampah yang tenggelam ke dasar laut pula akan menghalang cahaya matahari sekali gus menggagalkan proses fotosintesis yang diperlukan oleh rumpai laut.

“Tanpa cahaya mencukupi, rumpai laut akan mati dan kawasan habitat menjadi tandus, lantas menghilangkan sumber makanan utama bagi spesis seperti dugong.

“Bahkan, beberapa kajian mendapati setiap 30 minit, seluas padang bola sepak rumpui laut didapati lenyap,” katanya baru-baru ini.

Di Semenanjung, habitat utama dugong adalah di perairan Pulau Sibu di Mersing, Johor selain di Sabah.

Prihatin dengan situasi itu, Lush Malaysia menganjurkan ekspedisi membersihkan pantai berdekatan Pulau Sibu iaitu Pantai Buntot Meriam, yang merupakan antara lokasi panas bagi longgokan sampah.

Pengarahnya, Dr. Harvinder Harchand berkata, inisiatif itu bertujuan memulihara hidupan marin terutama dugong sekali gus mengumpul sisa pepejal untuk dikitar semula.

“Dalam ekspedisi ini, kita berjaya mengumpul sejumlah 145.97 kilogram sampah dengan 80 peratus daripadanya ialah plastik termasuk botol minuman.

“Lush Malaysia berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar komited terhadap pemuliharaan marin, melindungi keindahan alam dan hidupan liar yang menjadi warisan kita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN