Memecut menuruni bukit dengan kenderaan beroda yang digerakkan oleh graviti, sambil mengawal sepenuhnya arah dan kelajuan. Itu antara pengalaman unik yang menanti anda di Skyline Luge Kuala Lumpur, Gamuda Gardens. Pengunjung boleh mengawal sepenuhnya kelajuan kenderaan itu dengan menggunakan pemegang khas, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga dewasa. Terdapat empat trek berbeza disediakan iaitu lagenda, ultra, graviti dan ekspres, dengan jarak keseluruhan mencecah 1.6 kilometer. Ia juga…










