Hab Teknovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia Sdn. Bhd. (MTDC) berperanan melahirkan generasi muda yang berinovasi dan berdaya saing. Menurut Pengarah Pusat Keusahawanan dan Pembangunan EKS (UKM-CESMED), Prof. Madya Dr. Muhamad Azry Khoiry, berkata, fokus utamanya melatih pelajar, khususnya di peringkat prasiswazah untuk menjadi pengasas syarikat pemula berteraskan teknologi (start-up). “Tidak seperti fasiliti akademik lain yang berteraskan penyelidikan semata-mata, hab ini mengetengahkan pelbagai program signature seperti…