Fenomena remaja di bawah umur terlibat dalam kegiatan jenayah semakin membimbangkan. Ramai berpendapat, gaya hidup bebas mendorong remaja senang dipengaruhi oleh rakan sebaya untuk terjebak dalam aktiviti jenayah. Bagaimanapun, Pakar Antropologi dan Sosiologi, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd. Khairuddin Mohad Sallehuddin berkata, faktor terbesar yang menyumbang kepada keadaan itu ialah keluarga. Katanya, keluarga merupakan institusi sosial paling penting dalam membentuk sahsiah dan tingkah laku anak. Katanya, sama ada sesebuah keluarga berkenaan memainkan fungsi dengan baik atau sebaliknya, dapat memberi pengaruh besar terhadap kecenderungan remaja untuk terlibat dalam jenayah. “Institusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya