Sekumpulan pensyarah dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih dua pingat emas dan satu perak menerusi inovasi berasaskan Bahasa Arab dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan Antarabangsa (Edu@Innovate) 2025 baru-baru ini. Dua inovasi yang berjaya meraih pingat emas ialah Inovasi Teknologi Augmented dan Realiti (Itar) untuk murid berkeperluan khas (MBK) dan Modul Bahasa Arab Kontemporari (Marak), manakala Birkah 2.0 pula perak. Menurut ketua kumpulan…