Di sebalik Empangan Bengoh di Padawan, Sarawak tersembunyi sebuah khazanah alam semula jadi yang cukup mengasyikkan iaitu Air Terjun Susung. Destinasi ini mungkin terpencil, namun keindahannya membuatkan ramai sanggup meredah perjalanan mencabar demi menikmati panorama luar biasa yang ditawarkan. Uniknya, suasana di sekitar air terjun ini sering digambarkan seperti berada dalam dunia Jurassic Park. Ia benar-benar memberi pengalaman luar biasa, seolah-olah kembali ke zaman silam, jauh dari hiruk-pikuk kemodenan. Untuk…