Pernah tengok kelaku buaya yang ganas dan aktif di depan mata? Selain itu, pernahkah melihat berpuluh ekor buaya bersaiz gergasi muncul serentak di permukaan air, seolah-olah tiba waktunya untuk mereka melahap dengan rakus? Saya berpeluang merasai pengalaman tersebut ketika mengunjungi ladang ternakan buaya terbesar di Malaysia iaitu Jong Crocodile Farm di Siburan, Sarawak baru-baru ini. Sebagai pencinta haiwan dan aktiviti luar yang ekstrem, saya mengambil kesempatan berkunjung ke ladang buaya…