DI Semenanjung, nama bosou mungkin masih asing dan jarang didengari. Ia bukan nama tarian atau peralatan masakan, sebaliknya merupakan makanan tradisi etnik Kadazan-Dusun di Sabah. Hidangan ini seperti pekasam atau jeruk dan dihasilkan menerusi proses fermentasi. Kewujudan bosou dikatakan sebagai penyelesaian untuk mengelakkan pembaziran makanan. Terutama jika hasil tangkapan ikan yang banyak dan sayur-sayuran berlebihan. Ini kerana pada zaman dahulu, etnik-etnik tersebut belum mengalami kehidupan yang moden untuk melindungi sumber…