Di negara ini, buah betik sering kali dijadikan pencuci mulut selepas makan dek rasanya yang manis dan menyegarkan. Dalam industri kecantikan antarabangsa pula, khasiat semula jadi buah tersebut dimanfaatkan sepenuhnya, yang bukan sahaja sebagai makanan tetapi produk kecantikan. Isi, biji mahupun kulit betik mempunyai pelbagai kebaikan untuk kecantikan dalaman dan luaran tubuh, sekaligus menjadikannya bahan semula jadi yang sangat berharga. Jenama produk kecantikan dari Greece, Fresh Line antara yang menggunakan…