Inovasi linen premium, denim

Inovasi linen premium, denim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LINEN sering kali digunakan dalam pembuatan pakaian kerana sifat fabrik ini yang ringan dan mampu menyerap peluh dengan baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia sekali gus memberikan keselesaan kepada si pemakai terutama dalam cuaca panas.

Justeru, tidak hairanlah apabila fabrik ini menjadi pilihan utama kebanyakan jenama fesyen bagi padanan musim panas.

Terbaharu, Levi’s menampilkan koleksi perayaannya yang diperbuat daripada linen premium bersama denim.

Ia merupakan inovasi sulung jenama berkenaan dalam penghasilan helaian menggunakan gabungan menarik itu.

Inisiatif ini sekali gus dapat memastikan si pemakai berasa selesa dan nyaman di mana sahaja, pada setiap padanan.

Malah, inovasi linen premium denim ini juga lebih ringan berbanding denim tradisional.

Lantas menjadikannya fabrik terbaik untuk keselesaan maksimum terutama di kala suhu cuaca meningkat.

Rahsianya terletak pada serat semula jadi dengan anyaman lebih luas, sekali gus membolehkan pengaliran udara yang lebih baik, membantu mengu­rangkan haba terperangkap dan memastikan kekal sejuk.

Corak bersilang atau cross hatch memberikan gaya kontras dengan kemasan seakan marmar pada denim biasa, sambil menawarkan drep yang lebih lembut serta beralun.

Ia dapat dilihat melalui potongan jeans XL straight linen+ dan 568 loose straight linen+.

 

Dimensi segar pada denim klasik
Misi Levi’s, bukan sekadar tampil bergaya tetapi menyuntik dimensi segar pada denim klasik keluarannya.

Untuk wanita, siluet santai dan potongan menarik dipersembahkan, yang direka khas untuk setiap kunjungan Syawal.

Blaus gina, gaun maksi marla airy serta kardigan snowflake, memastikan anda kekal selesa agar dapat memberikan tumpuan kepada perkara yang lebih utama.

Manakala seluar pula ialah jeans cinch baggy, 318 shaping wide-leg dan 90s straight yang menawarkan gaya santai untuk dipakai sepanjang hari.

Seterusnya untuk lelaki, koleksi ini menampilkan pelbagai jenis jeans, termasuk 55 relaxed straight dan 468 loose shorts dalam basuhan gelap serta sederhana, di samping warna ecru semula jadi.

Melengkapkan lagi padanan ini adalah seluar XX chino authentic relaxed dan parachute cargo II, sekali gus menyuntik variasi segar dalam himpunan ini.

Gaya perayaan yang dipertingkatkan ini boleh disuai padan dengan helaian bahagian atas seperti jaket zip penuh mechanics, kemeja berbutang di samping lengan pendek berkolar dan sweater polo.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN