Teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin mengubah landskap seni visual, termasuk dalam dunia fotografi potret.
Dengan menggunakan fungsi Generative Fill dalam Adobe Photoshop, pengguna kini boleh menghasilkan latar dan suasana baharu secara automatik hanya dengan menggunakan prompt berbentuk teks.
Projek ini merupakan satu bentuk aplikasi alternatif dalam menyampaikan naratif Syawal secara visual dengan menggabungkan unsur budaya, nilai spiritual dan teknologi melalui fotografi yang diolah secara kreatif.
Setiap hasil yang terjadi membuktikan AI dalam seni visual bukan sekadar alat manipulatif, tetapi medium alternatif yang berpotensi besar untuk menyampaikan makna, naratif dan warisan secara visual.
Pendekatan ini bukan sahaja memperkayakan aspek estetika, malah memperluas peranan teknologi dalam mengekspresikan identiti budaya dan nilai emosi.
-Pensyarah kanan Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM, Perak













