Ujian organoleptik kenali minyak zaitun asli

Ujian organoleptik kenali minyak zaitun asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENJUALAN minyak zaitun tiruan semakin berleluasa di pasaran hingga ramai yang terpedaya membeli produk bukan asli.

Namun, situasi itu dapat dielakkan menerusi ujian organoleptik bagi menentukan gred setiap minyak zaitun.

Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Olive Jardin Sdn. Bhd. (Olive Jardin), Dr. Suhana Samat berkata, kajian klinikal itu dibuat berpandukan garis panduan Majlis Panduan Zaitun (IOC) selaku badan antarabangsa berkecuali.

“Minyak zaitun yang dipasarkan wajib melepasi piawaian kualiti berdasarkan ujian organoleptik dan ujian analisis kimia.

“Kedua-dua ujian ini perlu bagi membolehkan pemberian gred minyak zaitun ekstra virgin (EVOO) dan virgin (VOO) atau lampante (LOO),” katanya baru-baru ini.

Antara kebaikan minyak ini ialah mengawal kolestrol, tekanan darah serta mencegah demensia dan Alzheimer.

Kata Suhana lagi, antara buah zaitun yang tidak sesuai diproses menjadi EVOO ialah buah berlumpur, berlubang atau digigit serangga di samping bersaiz kecil.

Selain itu, ujarnya, ujian analisis kimia physicochemical turut dilakukan terhadap buah zaitun yang mahu diproses bagi dijadikan minyak.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhd. Shakir As- Salam Ya berkata, buah zaitun hanya boleh dituai sekali dalam setahun iaitu pada minggu pertama November.

Katanya, setiap tahun, hanya terdapat tiga juta metrik tan EVOO dihasilkan oleh negara-negara pengeluarnya seperti Itali, Sepanyol, Maghribi, Turkiye dan Greece.

“Daripada tiga juta metrik tan itu, 80 peratus ke­luaran digunakan oleh penduduk dari negara pengeluar ber­kenaan manakala baki 20 peratus yang mewakili kira-kira 200,000 metrik tan dijual di pasaran lain termasuk Amerika Syarikat, China dan Malaysia.

“Memandangkan negara kita tidak memiliki pengalaman meluas dalam bidang penanaman zaitun dan pengeluaran minyaknya, maka risiko berlakunya pemalsuan minyak zaitun adalah tinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN