TART nanas dan semperit merupakan antara kuih raya yang menjadi kegemaran ramai setiap kali Aidilfitri. Bagi memberi kelainan, syarikat pemula Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis, Athanliz Innovation Sdn. Bhd. (AISB) menghasilkan kuih sama namun berasaskan buah harumanis. Inisiatif itu pertama kali dilaksanakan menerusi enam pilihan kuih iaitu semperit harumanis, soft cookies harumanis, tart harumanis, cornflakes harumanis, almond london harumanis dan harumanis spread. Pengarah Urusan AISB, Dr. Athifah Najwani Shahidan…










