Masalah kelemumur sering kali dianggap berpunca daripada keadaan kulit kepala yang kering dan penghasilan minyak yang berlebihan. Namun, tidak ramai yang menyedari, cara penjagaan, penggunaan produk rambut dan kulit kepala yang tidak sesuai juga mengakibatkan kelemumur. Bahan kimia yang terlalu kuat, kandungan tidak serasi dengan jenis kulit kepala, serta kekerapan penggunaan produk berkenaan, boleh menyebabkan ketidakseimbangan minyak semula jadi, iritasi dan pengelupasan kulit kepala. Akibatnya, kelemumur mula muncul, lantas menjadikan…










