Kasual di Aidilfitri

Kasual di Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMASUKI raya kedua dan ke atas, kebanyakan golongan lelaki sudah ‘lemas’ berbaju tradisi lengkap bersamping dan bersongkok.

Dengan suasana kampung halaman yang panas terik dan berbahang, pakaian yang sesuai dipakai tentulah baju T, kemeja dan seluar.

Bagi yang mahukan keselesaan tanpa mengorbankan gaya, koleksi Dockers Go pilihan tepat untuk anda.

Koleksi baharu dalam himpunan aktif ini bersifat ringan, menyerap lembapan, mengawal suhu di samping fabrik yang meregang dan tahan kedutan.

Ia direka untuk memberikan kebebasan pergerakan yang maksimum, selain prestasi teknikal dan aspek serba boleh.

Contohnya, chinos Dockers Go yang dilengkapi dua poket keselamatan tersembunyi, sesuai untuk menyimpan keperluan penting seperti kunci, kad kredit, telefon atau pasport.

Koleksi ini serba boleh, selesa dan aktif, sesuai untuk penggunaan daripada siang ke malam serta hari bekerja ke hujung minggu, sekali gus mencerminkan gaya hidup moden dengan sempurna.

Ia juga direka untuk memastikan anda kelihatan kemas dan bergaya sepanjang hari, tidak kira apa jua agenda.

Chinos ini adalah gabungan terbaik antara stail dan fungsi, menjadikannya teman ideal untuk setiap perjalanan, terutama di bulan perayaan.

Menerusi Dockers Go, jenama ini mengukuhkan lagi komitmennya dalam menggabungkan tradisi bersama inovasi.

Selain chinos, koleksi baharu ini turut menampilkan kemeja lengan pendek dan polo yang ringan hingga crewneck ringkas dan kemeja berkancing.

Direka untuk gaya versatil, koleksi ini memberikan pelbagai kemungkinan padanan, yang membolehkan anda menggayakan helaian atas helaian atau bergaya mudah mengikut kesesuaian majlis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN